Wednesday, August 1, 2007

solid + jitu - cair - cair lagi = yum2


Sekali imbas membaca tajuk entri ini..terlintas apa?? Wahai homo2 sekalian (nota: termasuk penulis), mari bernaskan fikiran, sempurnakan akal dan sufikan hati...wahai penulis adakah kau sakit lagi??


Teringat kata2 Tuan Syed Aziz semasa simposium kerjaya..` betapa paradigma itu mempengaruhi setiap homo’ (aku tukar sikit ayat,maksud masih sama). Cerita Tuan Syed...

Setiap hari Isnin-Ahad, Putra LRT macam tin sardin. Sesak. Aku (nota:watak pencerita) terpaksa mengharunginya. TERPAKSA. Tiba2 seakan mimpi, di pagi AHAD yg indah. Kereta panjang itu SEPI..SUNYI..NYAMAN..bawa maksud = kurang manusia. Aku nikmati saat itu semahunya. Stesen berikutnya..bapa beranak 4 ikut serta. Perjalanan indah di pagi AHAD.

Tetiba..seakan direnggut.. pagi AHAD yg indah sudah jadi..PANAS..BAHANG..WARGH..marah ni..marah ni. Bebudak yg 4 itu terjerit2..berlari2 sambil tawaf satu gerabak. BERBULU..BERBULU. Anehnya..bapak se-akan2 cool..langsung tidak BERBULU. Bapak terus merenung kosong keluar kaca. Bapak itu mengapa..STONE. Alahai..

Aku hangin..tapi masih terkawal. BERTINDAK. Ku dekati bapak, tapi tidak dekat sangat. Takut juga. Hajat disampai penuh berhemah. AKU BERSEDIA. Namun, bapak hanya memandang kosong. Bapak balas, nada perlahan + sayu, ` maafkan mereka..mereka baru sahaja kehilangan ibu..maafkan mereka’. Bapak itu bukan STONE. Terheret kesedihan.

Sarat simpati dan kasihan. Pagi AHAD yg indah..kemudian PANAS..menjadi sejuk semula. Budak berempat itu masih.. terjerit2..berlari2. Aku sudah tidak terganggu..masih lagi pagi AHAD yg indah.

Cerita tamat.. paradigma boleh saja berbeda. Solid + jitu – cair –cair = yum2.. itu coklat m&m (nyanyi: cair di mulut tidak di tangan). Kau fikir apa? Jgn salah tafsir tjk entri. Atau aku terlalu prasangka. Ayuh (aku dan kamu) bersangka baik.

Nota: cerita Tuan Syed Aziz, penulis edit sesuka hati. Maaf andai menyinggung pihak2 tertentu.

4 comments:

azilah said...

Paradigma...
Dulu..aku melihat 'si ganaz' sebagai si ganaz....yang macho...yang tak akan mengalirkan air mata...yang stone...

Tapi, bila dilihat dari paradigma yang berbeza....si ganaz ku lihat lebih lembut dari 'si lembut'...
Bila peluk aje....si ganaz nak nangis...bila pujuk aje...si ganz cair....tak jitu rupanye...hakhakahak....

farazdaq said...

azilah;
hmm..boleh saja berbeda. masih banyak lagi yg tersimpul rapi..`si ganaz'itu mungkin saja boleh memikat..uwekkkk.

azilah said...

Farazdaq;
mmg skrg aku melihat si ganaz semakin memikat...
Rupanye banyak aksi-aksi comel yang dilakukan tanpa sedar oleh si ganaz....hihihi...

farazdaq said...

azilah;
Tolonglah..tak kuasa mak nok! (nota; baca dengan gaya RUSDI RAMLI dalam Waris Jari Hantu)ku fikir itu AUTA bukan FAKTA.'Si ganaz' tu bukan pamer aksi comel..aksi GAGAH.