Krogh..krogh..hukhuk..ptuih..Sputum berpurulen dan mukus kuning kehijauan dalam sink itu aku lihat dengan mata berair. Ku kuis..kuis..dengan jari telunjuk..tak tahu kenapa aku bertindak sedemikian. Mungkin kerana warna dan kekenyalannya menarik perhatianku. PENGOTOR.
Hidung aku yang sentiasa cair sewaktu praktikel menyebabkan kredibilitiku terjejas..suaraku jadi SENGAU. Baru seminggu dugaan Allah bagi..aku dah resah gelisah...
Seandainya nilai dunia ini disisi Allah sama nilainya dengan sayap seekor nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir walau seteguk air pun.
(La Tahzan 2, 2007)
Dunia lebih tidak berharga dari sayap seekor nyamuk, inilah hakikat nilainya dan timbangannya di sisi Allah. Lalu mengapa harus besedih dan gelisah kerananya?
Ya, aku setuju. Jangan bersedih. Aku terus berhibernasi sepanjang petang..
2 comments:
johari;
terima kasih..baru bertatih-tatih..
diameter lubang hidungku masih pada ukuran asal.
jo;
lebih kurang aa..hakhak
Post a Comment