Tuesday, March 18, 2008

sepetang bersama VICO


Aku merenung siling bilik..sesawang terjulur-julur...aku tidak sampai hati untuk musnahkan...
jelas + sah= aku ini memang penyayang orangnya..
Hmphh..aku mengeluh...
Tiba-tiba rasa sentimental...dari katil aku bangun duduk di kerusi..
Jenguk ke luar tingkap...pokok ceri itu membataskan medan penglihatanku...
Seandainya pokok ceri itu ditebang...mungkin aku dapat skodeng apa yg patut..
Tapi..mungkin juga tidurku tak lagi nyenyak..redup + berangin= wahh..nikmatnya zZZZ..biarlah pokok ceri itu di situ.

Aku terus bermonolog sendirian..mengulang-ulang ayat 2 bulan lagi..2 bulan lagi..
Hmpph..petang yang sentimental..
Aku terus berkira2 utk membancuh minuman berkhasiat VICO..mengapa VICO..kerana itu satu2nya minuman yg ada dalam simpanan..
Tapi sayang...hanya serdak2 VICO yang tinggal..aku lupa nak tambah ‘stock’
Untuk tidak menghilangkan nilai sentimental di petang itu..aku nekad untuk mencurah air panas dalam bekas VICO..menggunakan segala kepakaran dan ilmu rumah tangga yg ada..
Akhirnya...nah..secawan VICO tersedia..Sip..sip..boleh tahan..
Aku tersengih-sengih..merenung pokok ceri..sip..sip..sambil monolog..2 bulan lagi..2 bulan lagi..

p/s: gambar adalah ehsan dari maludan.googlepages.com

11 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

2 bulan lagi?

Vico tu macam Milo ek...?

farazdaq said...

Purp;
VICO..sejenis minuman cokelat macam MILO..tambah lak ais..pergh..leleh
2 bulan lagi aku tukar title..haha
penuntut-->penanam anggur

azilah said...

ko pandang kiri kanan nmpk pokok ceri..aku try pandang kiri kanan...nampak...katil aku yang ada baju belonggok x blipat, ada buku, kertas trpakai dan bermacam 2 lagi...ish3x.....

farazdaq said...

azilah;
aku fikir ko patut lebih 'selective' dalam apa yang ko nak lihat..yang tidak mahu lihat..abaikan..abaikan

13may said...

salam...
thanks for visiting my blog..

have a nice day!

oh ya! serdak serdak tu yg sedap !

:D

farazdaq said...

13may;
ooo..sama2..ziarah kan amalan mulia..

semua jenis serdak memang sedap!

blackpurple @ jowopinter said...

"Pertanian adalah perniagaan"

Elok apa menjadi penanam anggur secara komersial.

Hehehe!

farazdaq said...

purp;
wush..*blink*blink*..tetiba aku berdiri penuh poyo..ye..duit..duit..

13may said...

bila nak updet nih???

farazdaq said...

13may;
wuish..terharu..tunggu otak ambo 'clear' sikit..

Anonymous said...

Interesting to know.