Sunday, February 24, 2008

SuKa SUKi sebelum tIdO..


Aku baring mengiring tengok Cha’e. Cha’e baring mengiring tengok aku...HMPHH..
Ko tengok sana la Cha’e..aku tak boleh tidur la.
Tak de cerita sebelum tidur ke malam ni? Cha’e tengok aku dengan penuh mengharap. Ko la pulak cerita..asyik aku je. Balas aku dengan malasnya..
Ok..ok..Cha’e nak cerita kisah Mat Su yang bijak..boleh tak?...boleh tak?..boleh?..SEPI LAGI..
Ngrohh..heeek...ngrrohh..heeek..zzzz


PAGI BESOK
Cha’e merajuk...tunjuk muka...bajet macam aku nak pujuk..
Kalo orang lelaki merajuk..HUDUH...aku buat dunno..
Mak paksa aku pujuk Cha’e..hai..ni yang aku lemah...
Aku kibas-kibas duit `singgit’ depan Cha’e...Cha'e ambil..
MATERIALISTIK..budak2 zaman sekarang.

Saturday, February 23, 2008

kopi dan teh..


..Lu cakap aa memang tak serupa bikin..
Tadi lu order, lu mau kopi...sekarang.. lu cakap lu mau itu teh...lu marah sama wa..lu cakap kasar..lu cakap wa `sawon (sound) terabel(trouble)’...ish..ini macam punya orang pun ada ka..

Aku: memang ada la..itu pasal ini dunia aaa...tak aman..itu kecil punya hal, mau gado2..

Tazkirah hari ini..untuk aku, kau dan dia
Sabda Rasulullah S.A.W: segala sesuatu yang diiringi kelemah-lembutan, maka akan menjadi baik, dan segala sesuatu yang tanpa diiringi kelemah-lembutan, maka akan menjadi buruk.

Thursday, February 14, 2008

krogh...krogh..hukhuk..ptuih

Krogh..krogh..hukhuk..ptuih..Sputum berpurulen dan mukus kuning kehijauan dalam sink itu aku lihat dengan mata berair. Ku kuis..kuis..dengan jari telunjuk..tak tahu kenapa aku bertindak sedemikian. Mungkin kerana warna dan kekenyalannya menarik perhatianku. PENGOTOR.

Hidung aku yang sentiasa cair sewaktu praktikel menyebabkan kredibilitiku terjejas..suaraku jadi SENGAU. Baru seminggu dugaan Allah bagi..aku dah resah gelisah...

Seandainya nilai dunia ini disisi Allah sama nilainya dengan sayap seekor nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir walau seteguk air pun.
(La Tahzan 2, 2007)

Dunia lebih tidak berharga dari sayap seekor nyamuk, inilah hakikat nilainya dan timbangannya di sisi Allah. Lalu mengapa harus besedih dan gelisah kerananya?

Ya, aku setuju. Jangan bersedih. Aku terus berhibernasi sepanjang petang..