Sunday, December 30, 2007

Panas kering

2 hari lepas aku cucuk kad bentuk segi empat tepat dekat kotak berskrin…
Hajat tak sampai...not2 merah, biru kehijauan tak mahu keluar...
Ku cuba dan cuba lagi hari2 berikut...tak mahu keluar...merajuk agaknya..
Akhirnya not2 biru kehijauan keluar...biarpun bukan hasil kad segi empat tepat kepunyaan aku...
Terima kasih kepada tuan punya kad segi empat tepat...
Jasamu hanya Allah yang dapat membalas...hakhak..


RESAH
Aku tidak aman...resah semacam...
Tak senang duduk...macam pungguk rindukan bulan..
Bilalah kotak berskrin nak pulih dari rajuknya..

SABAR
Haryani...kamu bagaikan puteri..
aku nak beli...CINTA SANG RATU...
JPA BILA NAK MASUK...
Kembang tekak aku makan maggee..

Tuesday, December 25, 2007

Sengal....


Bila jumpa kawan lama..
Eh..Si Anu..Si Anu..lama tak jumpa ko..macam mana sekarang..dah kawen?..dengan siapa?..anak berapa?..bla..bla...
Aku: Hai..lenguh nak jawab...

Bila jumpa makcik2 yg lama x jumpa..
Ko dah ader??..bila lagi nak bawak rumah... berkawan2 la dulu..ish tak salah..
Aku: Senyum je la..

Bila cakap dengan mak yg dah terpengaruh ngan cerita diatas..
Duit kenduri boleh la mak `support’ yang lelain tu atas ko ye...depan rumah ni muat kot letak khemah..
Aku: Senyum lagi...

Karang kalau aku cakap tak de yang sangkut..jatuh pulak saham aku + pandai pulak makcik2 tu nak jadi ‘match maker’..Adoi... tua sangat ke aku ni...
Relax..fren..makcik2 & mak aku..jangan risau...aku tunggu seru...

p/s : entri yang kurasakan ‘geli’ semacam

Thursday, December 13, 2007

hampeh..

kemalasan itu boleh sampai tahap apa...
kalau makan pun malas..
eloklah KAU ni dihumban ke dalam longkang..
sedih benar aku melihat KAU yang lemah melawan penyakit ((((M)))) ini.

Monday, October 29, 2007

keretapi lambat..


Raya tahun ni..aku pecah rekod..balik paling lambat. Selama aku hidup..ini kali ke-1 aku rasa perasaan cemas balik kampung nak raya. Gabra beb..pemandu bas syarikat tersohor dok buat PIKET. Alhamdulillah..sampai juga aku. Duduk 7-8 jam dalam bas yang macam peti beku..buat aku teringat raya2 yg dah lepas..

`hoi..dah-dah..blah..blah!!..jerit Baen dari dalam rumah..terjojol biji mata marahkan bebudak motor yang dok PRENG..PRENG depan rumah. Ini cerita raya 5 tahun lepas. Dasat woo..raya2 pun mulut Baen tetap LASER..terus bebudak motor x jadi raya rumah Arwah Wan aku.

`Dulu2 kitorang angkat tayar depan..tapi bebudak sekarang angkat tayar belakang’..bersungguh Cik Din cerita pasal aksi merempit. Aku memang tak faham kenapa nak merempit..mungkin jiwa aku dah tua, tak merasa remaja. Remaja kan suka cabaran..baru kelas. Tapi yang aku faham, bila dah tertonggeng dalam longkang, terbang masuk semak dan paling tragis terperosok bawah lori... baru kelas.

Kalau ditakdir meniggal dunia..tiada beban bagi yang hidup (kejam bunyinya). Kalau ditakdir patah tulang, cacat anggota, kecederaan otak..aku yakin..beban bagi yang hidup. Kalau ditakdir yang tak terlibat (orang awam) pun cedera sama akibat si perempit..alahai..sadisnya.

Wednesday, October 24, 2007

REndang

Mak..
Aku penat...aku lenguh...aku malas..


Kalau Mak dekat dengan aku...
Mak boleh tolong urut bahu & kaki aku yg dah sengal2 ni..ahhh..kimochi [selesanya]

Mak..
Biarpun Mak tak dapat baca apa aku tulis..

Aku nak cakap...
Aku sayang Mak...

Wednesday, September 26, 2007

ketupat


Senah..Senah ko ade dengar cerita tak? Tersembur-sembur air liur makcik peah. Idak..ngapenye?? jawab makcik senah konpius. Slow la ko ni.. ko tau anak Pak Seman Misai..Si *tut* kene rogol malam tadi kat belakang kedai Si Dol. Bersungguh benar makcik Peah bercerita, terangkat-angkat tangannya..(((keting..keting..keting))) bunyi gelang Zhulian. Ish..Ish..ha tu la..yang pegi keluar memalam buta..ape ke jadahnya..budak tu tak bertudung kan..kan..yang suka pakai baju adik die tu kan..memang cari nahas budak tu..

Cerita rekaan tamat..

Si Bijak Anyara(2003) cakap, kita sering salahkan mangsa rogol (contoh cerita diatas) sebab mahu segalanya dalam kawalan kita (feelings in control). Kita tidak mahu mengaku yang perkara tu (rogol) boleh berlaku kepada kita juga. Mungkin juga kpd Cik Senah & Cik Peah.

Kata Si Tua Aaron pula, bukan salah kalau lupa kunci pintu atau keluar memalam. Bahkan bukan tanggungjawab wanita itu untuk elak rogol...tapi kewajipan `dia (PEROGOL)’ untuk berhenti melakukannya.

Kata aku yg tak berapa nak pandai ni, bo..bo(stop..stop) lah ngumpat wei..bebulan poso (puasa) ni. Manusia itu memang suka saling menyalahkan. Aku tertarik dengan satu taktik yang dikemukakan oleh Kamal Affendi dalam menghadapi situasi serangan seksual (rogol). Keluarkan apa sahaja samada dari bawah atau atas..makna kata..keluarkan gas (kentut atau sendawa)..mungkin juga cecair kuning hangat atau yang pejal bewarna coklat..bertujuan untuk membantutkan hajat PEROGOL (aku tukar ayat..maksud masih sama). Atau...mungkin boleh kasi potong terus itu terung..ZASSS...wuaaaa (telah diaplikasi oleh seorang NURSE yg bekerja di Arab Saudi..sungguh).

Sunday, September 23, 2007

pergh..leleh

Nafsu makanku seakan2 tidak terkawal...Astaghfirullah.
Walaupun ku tahu poketku hampir menipis...
Makanan2 itu tetap jua memanggilku..


Nasi grg seafood, nasi kerabu, nasi kukus (ayam kerat 4), kue tiow kung Fu, kue tiow Ladna, Pizza, kek keju, Mc D..pergh

Aneh + pelik..makanan2 di cafe tidak pula merayu namaku..
terbayang di fikiranku bagaimana rupa + rasanya Chicken Mugharabieh with valanciane rice, chicken kofta with tomato sauce, kabab lahmul ghanam..spt yg digambarkan oleh penulis Habiburrahman El Shirazy dalam karyanya...& saat itu juga.. aku ingin terbang ke bumi Mesir.
HAHAHA..

Sunday, September 16, 2007

Malaikat Maut..


Wargh...serasa ingin menjerit..

Aku X nak JD malaikat maut!!!
Kaki tanganku ibarat daging yang dah sebulan dalam peti sejuk beku..
Aku tak sengaja..betul..aku tak sengaja..

Woi..x sengaja kau tu boleh campak dalam tong sampah...

Wahai tangan..janganlah kau ambil tugas Malaikat Maut..
Pergh...memang berat sungguh dugaan puasa tahun ni.

Thursday, September 6, 2007

kebersendirian itu indah??


kebersendirian itu indah...
Bila sendiri aku rasa tenang...
Bebas dari bunyi bising dan manusia2 itu...
Bebas untuk mempamer reaksi tertentu...
Bebas dan tidak berpura-pura...

`Enal [panggilan Zainal]...kau ok? ’ Tanya Minah. `takut aku lihat kau begini...kita jumpa dia’, pujuk Minah. `Ahhh...lagi2 dia..asyik2 dia..aku tak nak..aku nak sendiri, kau pergi!’, jerit Zainal. Mata Zainal merah, Zainal mundar mandir...sesekali terjerit2 menyatakan ketidakpuasan hatinya dalam bahasa yg sukar dimengerti...

‘Enal..enal...kenapa begini jadinya. ‘Itu’nya datang semula. Mok..besok Minah bawa Enal jumpa dia ya…’ cadang Minah kepada ibunya. Mok itu hanya merenung kosong…

Aku takut seorang…
Aku perlu teman…
Jangan tinggalkan aku...
Ruang ini terlalu besar untuk aku...

Mok..saya letih begini. Ingat padaNYA. Besok kita sama2 jumpa dia...

Wednesday, September 5, 2007

benarkah?


Aku sering sangsi pada diri..
Benarkah aku gembira bila dia gembira?
Benarkah aku bersedih bila dia bersedih?
Atau aku sekadar berpura2?
Bila aku tahu jawapnya?
Ahhh..terlampau banyak persoalan yg perlu dirungkai..aku malas..aku bosan.
Persetankan dengan dia..
Baguskah begitu??
tanya hati..tak jawab pon..


nota: monolog [halusinasi] yg ku dengar daripada seorang psycho [schizophrenia] di..(tempat dirahsiakan)

Monday, September 3, 2007

minggu YG mereSahkaN


Dapurku hanya ada magee...aku kerap lapar...
Kesejahteraan mereka perlu dijaga…itu hak mereka..
Gunung2 dalam baldi merah itu minta diratakan...
Jurnal2 itu terjerit-jerit memanggil aku...
Kertas cadangan itu menangis minta disiapkan...
KLIMAKS
Henpon aku seakan histeria tak jumpa jalan pulang...wuaaaa
Ada tangan memberi gula2, mengumpan henponku untuk lari dari aku...hmm
Memang minggu yg meresahkan..
Tidak seharusnya aku begini. Mengadu hanya pada NYA.
Hati rasa baik sedikit bila terbaca sajak Si Jones,
Tanpa tajuk #12
Sebuah bungkah kayu
Ditengah jalan
Ditolak ke tepi
Menjadi
iman
(ruj: sajak2 suci oleh AbdullahJones)

Sunday, September 2, 2007

Suka LaUt



Aku suka laut. Biar aku rentung setelah pergi laut..aku tetap suka laut.
Aku suka bau laut. Biar aku muntah sampai keluar jus gaster..aku tetap suka laut.
Aku suka mandi laut. Biar aku tidak tahu berenang..aku tetap suka laut.
Aku suka pergi laut. Biar poket kering + makan magee..aku tetap suka laut.
Menu bulan ini…
Ruski tomyam + Mee SedaP + IndoMee = yg paling jimat lohh..

Tuesday, August 21, 2007

Wajah Mulus



`beng..beng.. kene2..yea..menang’...kanak2 kecil itu berlari, berkejar dan kemudian kakinya tersadung...jatuh. Dia lihat aku..mukanya mencebik..dia buka mulut...tak berbunyi...dia lihat aku semula...aku ikut mencebik (dalam hati padan muka)...wuaaaa...dia teriak. Aku senang mendengar tangisannya. Yea2 aku menang !! Aku dokong budak itu terus bagi pihak yg lebih mengerti...


Wajah mulus itu. Seakan canvas putih bersih. Tidak seperti aku yg sudah dicorak pelbagai warna…

Monday, August 13, 2007

Si Pengadu


Aku yang dulu, budak mentah yg belum sempurna akalnya. Acapkali di label Si Pengadu, Si Dengki & pendajal.

‘Mengada2 punya budak, kau ingat bapak kau ada misai kitorang takut’ begitulah kata2 samseng kampungku yg juga teman sepermainan ku masa kecil. ‘Aku bagi tahu bapak aku..aa..aa’ aku mengongoi sambil berlari2 ngumpet(nyorok) bawah kolong.

Bila difikir2 semula..kekadang aku menyampah dengan aku yg dulu...Si B tak puasa, aku lapor kat Mak Si B (nota: aku pun sama ikut tak puasa)... Si A tersasul perkataan yg kanak2 tak boleh tersasul, aku ugut bagitahu kat nenek Si A. Akhirnya...aku tiada kawan. Hampeh.

Aku yg sekarang...acapkali dilabel cool walaupun gabra dalam kondisi tertentu, tidak cepat marah (nota: pandangan sesetengah pihak) & yg penting bukan lagi Si pengadu yg berjaya. Keputusannya: boleh dikatakan ramai kawan.

Sesekali...bila ku pandang budak2 sekitar 5-8 tahun..aku rindu pada aku yg dulu.

`Mak...mak...Baen tukar cerita cina. Mak nak tengok tv 1 kan..kan..Dia tukar.. ’ (baca: memang hampeh)

Monday, August 6, 2007

maLaise


Mengikut Pakcik Steadman malaise membawa maksud tidak selesa, gelisah atau tidak tenang. Menurut Pakcik Steadman lagi, malaise merupakan indikasi awal untuk tanda2 infeksi atau penyakit.


Aku selesa, tidak gelisah dan tenang...Cuma berbaring (sambil mata tertutup) sepanjang hari.Tidak demam. Mengapa kau kata aku malaise??
Atau aku salah dengar? Ooo..mungkin terlalu banyak lilin dalam ottic. Bangun..jalan..pegang putik kapas....gali2...Ooo
(((KAU MALAS))) (((KAU MALAS)))

Wednesday, August 1, 2007

solid + jitu - cair - cair lagi = yum2


Sekali imbas membaca tajuk entri ini..terlintas apa?? Wahai homo2 sekalian (nota: termasuk penulis), mari bernaskan fikiran, sempurnakan akal dan sufikan hati...wahai penulis adakah kau sakit lagi??


Teringat kata2 Tuan Syed Aziz semasa simposium kerjaya..` betapa paradigma itu mempengaruhi setiap homo’ (aku tukar sikit ayat,maksud masih sama). Cerita Tuan Syed...

Setiap hari Isnin-Ahad, Putra LRT macam tin sardin. Sesak. Aku (nota:watak pencerita) terpaksa mengharunginya. TERPAKSA. Tiba2 seakan mimpi, di pagi AHAD yg indah. Kereta panjang itu SEPI..SUNYI..NYAMAN..bawa maksud = kurang manusia. Aku nikmati saat itu semahunya. Stesen berikutnya..bapa beranak 4 ikut serta. Perjalanan indah di pagi AHAD.

Tetiba..seakan direnggut.. pagi AHAD yg indah sudah jadi..PANAS..BAHANG..WARGH..marah ni..marah ni. Bebudak yg 4 itu terjerit2..berlari2 sambil tawaf satu gerabak. BERBULU..BERBULU. Anehnya..bapak se-akan2 cool..langsung tidak BERBULU. Bapak terus merenung kosong keluar kaca. Bapak itu mengapa..STONE. Alahai..

Aku hangin..tapi masih terkawal. BERTINDAK. Ku dekati bapak, tapi tidak dekat sangat. Takut juga. Hajat disampai penuh berhemah. AKU BERSEDIA. Namun, bapak hanya memandang kosong. Bapak balas, nada perlahan + sayu, ` maafkan mereka..mereka baru sahaja kehilangan ibu..maafkan mereka’. Bapak itu bukan STONE. Terheret kesedihan.

Sarat simpati dan kasihan. Pagi AHAD yg indah..kemudian PANAS..menjadi sejuk semula. Budak berempat itu masih.. terjerit2..berlari2. Aku sudah tidak terganggu..masih lagi pagi AHAD yg indah.

Cerita tamat.. paradigma boleh saja berbeda. Solid + jitu – cair –cair = yum2.. itu coklat m&m (nyanyi: cair di mulut tidak di tangan). Kau fikir apa? Jgn salah tafsir tjk entri. Atau aku terlalu prasangka. Ayuh (aku dan kamu) bersangka baik.

Nota: cerita Tuan Syed Aziz, penulis edit sesuka hati. Maaf andai menyinggung pihak2 tertentu.

Sunday, July 29, 2007

kecil sekarang dah besar


Zaman kecil2 dulu...selalu arwah Wan larang main sorok2 waktu petang. Kata Wan...ha..mainlah wakme(korang) sorok2, nanti kene sorok dengan hantu kopek. Aku dengan bebudak lain..terus lari & peluk Wan. Takutnye...

Ingat lagi bila aku panjat bukit depan rumah...mak aku jerit dari dalam rumah...`panjat lagi..panjat lagi tinggi..jangan turun.’ Nada suara mak masa tu..macam bagi sokongan.

Zaman besar2 ni... aku fikir dah tak jalan psychology hantu kopek. Budak2 dah tak takut. Buktinya... adik aku boleh senyum2(tunjuk reaksi riak) bila aku cerita pasal hantu kopek. Bapak aku guna psychology mata rimau..baru dia balik rumah.

Zaman besar2 ni...baru aku tahu..psychology hantu kopek hanya nak panggil bebudak masuk rumah...mandi..dah nak maghrib. Nada suara mak yang seakan-akan menyokong tu..kontra maksud dan tujuannya.
Dah lama aku hidup tertipu rupanya...

nota: Al-fatihah untuk arwah Wan. Pulang ke rahmatullah pd 31hb Disember 2000.

Tuesday, July 24, 2007

Bengang..bangang...bingung?


Bila diulang ayat2 diatas banyak2 kali...lidah jadi tergeliat, kepala jadi pusing, serabut dan entah apa lagi. Aku bengang...kerana aku bangang...seterusnya aku jadi bingung. Serasa macam sedang sakit..
Sakit fizikal...sakit mental... sakit apa??? Atau aku sebenarnya tidak sakit??

Ada bisikan…
Kau ada penyakit hati…

Tidak2..aku tiada hep C, liver cirrhosis atau apa aja. Tiada gejala & tanda2 jaundice. Tidak...tidak mungkin. Kau tipu ni..

Bisik lagi..
Bukan hati yang itu...Adakah kau resah?

Aku angguk2 kepala...terus ku balas...seakan tidak tenang...serabut...pusing sekali. Kau ada penawarnya? Mungkin aku perlu..

ubatan?? PCM (paracetamol), Salbutamol, Haloperidol atau ubat apa lagi...

terapi?? Kaedah hipnotic, group therapy atau kaunseling…

Terus berbisik...

Hatikan tenang bila membaca dan mendengar ayat suci Al-Quran. Sesungguhnya Al-Quran merupakan penawar kepada penyakit.
(Petikan dari: Ustaz Munif Zarirrudin Fikri Nordin, ceramah; Muhasabah Diri Di Alaf Baru)

Kau perlu itu...ada tangan...menunjuk ke satu arah...rehal & kitab Furqan yg sudah berhabuk & berdebu...

Friday, July 20, 2007

Budak & org tua itu


Budak itu cakap pada orang tua, “kekadang kan tok, saya bila makan guna sudu. Selalu sudu terlepas dari tangan”
Tok tu balas, “ Atok pun camtu jugak”. Budak itu bisik kat telinga tok, “tapi tok kekadang saya terkencing dalam seluar”. Tok itu tergelak, sambil letak jari telunjuk kat bibir atok tu cakap, “syyutt, atok pun sama”. “Tapi kan tok...paling sedih sekali, orang2 dewasa tu macam tak peduli kat saya”. Atok itu pegang sambil tepuk2 atas tangan budak itu, Atok itu merenung jauh ke luar jendela... “Tok faham...”


(Aku ambil & olah sikit2 dari:A caregiver’s Guide to Alzheimer’s,nd)


Aku melihat ada persamaan antara kedua2 watak. Teringat lagi kata2 Boss, “Dah jadi umur 2 tahun Nyayi(moyang) kamu tu, Nyayi pun nak gula2...beri sikit”.


Hmmm...aku fikir dan terus fikir lagi sampai muntah. Aku tak mampu...aku tak mampu. Taknak kerja separuh hati, biar ada ketelusan..taknak tipu diri. Perjalanan masih jauh...masih ada masa. Ya!! Ada masa lagi. Aku pilih perempuan. YA..Aku Putuskan..AKU PILIH PEREMPUAN MENGANDUNG, bukan Atok itu (tapi embah & nyayi dirumah)...bukan budak itu (tapi?? Budak yg masih dlm angan2).

P/s: Penulis tidak mengharapkan pembaca faham. Hanya ekspresi kecelaruan fikiran.

Thursday, July 19, 2007

Jowo Ngencret?


Cik Amin kata aku..jowo ngencret. Mula2 aku tak faham, Ayah cik sambung bukan pure jawe, baru aku faham. Embah wedok aku senyum, terus ajak makan nasi. La...kan satu rumpun. Muka pun bukan beza sangat. Nak kecoh ape?


Lama dah sejak kejadian itu...aku belasah nasi lemak dengan teh beng. Penat tadah air gunung. Mak aku belanja. Bila makcik kedai nak kira, dia tersasul cakap German, mak aku sengih...takpe anak saya paham. Aku sambung... isolah sitik2 (bolehlah sikit2). Piro nasi lemak e karo teh ais (berapa nasi lemak & teh ais), makcik tu soal dengan gembira. Telu (tiga) nasi lemak, teh ais also telu(tiga)...haaa..also. Adik aku bantai gelak. Aku tertahan2 senyum..macam nak terkentut pun ada. kuikuikui.. memang jowo ngencret!!

p/s: penulis tiada darah eurasian atau yg seangkatan dengannya...perkataan also hanya terkeluar dari minda separa sedar.hahaha

kaSut bertutuP


Dulu…Pak Guard bagi tazkirah kat aku “Awak ni, pelajar ***ti, mana boleh pakai track-suit ke pustaka”. Nada suara + misai Pak Guard buat aku kecut perut. Seperti biasa, aku tunduk dan terus tunduk. Waktu tu malam..aku fikir tiada orang kisah.


Tadi…tengah hari. aku pakai t-shirt berkolar + seluar celoreng2 (bukan track-suit)…lama aku berdiri luar pustaka, masuk ke tak masuk. Pak Guard tiada, ganti dengan Mak Guard. Satu langkah…dua langkah…tiga langkah…alahai..aku nampak bebudak di++ic. Formalnya…diorang pakai kasut bertutup…warna hitam. Aku tunduk, terjulur-julur jari kaki yg kontot2. Aku frust..terus blah. Bosan sungguh aku dengan etika berpakaian ni. Kasut BertutuP..Cheisss!

Friday, July 13, 2007

kriMinal (FINALE)


Aku x boleh tidur malam tu. Sesambil tu mata aku terkejip-kejip pandang siling, tetiba aku teringat kata2 Boss... `kita ni minta ampun/maaf je pandai, tapi pernah kita akui kesalahan kita?’ Aduhhhh..lidahku terasa pedas.hmm.. fikir punya fikir aku pun tidur juga akhirnya. Kehidupan ku diteruskan seperti biasa tiada yang melapasi garis normal. 2 minggu selepas hari itu...


Aku mengaku kepada tuan punya kenderaan mengenai kriminal yg aku lakukan. Bukan mengaku kosong, tetapi ku kepilkan sekali surat pengesahan bayaran saman yg kuterima (sila rujuk: Latin mencoret2 kertas berkarbon). Tuan punya kenderaan berkhutbah panjang namun, menurut firasatku, sekiranya kepilan bersama tidak dibuat, sampai keesokan pagi pun belum tentu khutbahnya akan tamat. 2 tahun selepas hari itu...


Kecoh satu Malaysia tentang pembunuhan kejam warga ****lia, A* *an *tuut* ya.. Apa penjenayah itu rasa, aku membuat konklusi sendiri.1) meneruskan hidup seperti biasa 2) pandang siling sebelum tidur sambil mata terkejip2 3) berharap agar akuan subahat kekal berkunci...namun kriminal tetap kriminal.

kriMinal3


`kau tak payahlah nak merayu-rayu aku’kata2 beserta intonasi kurang mesra daripada Latin itu cukup untuk membuatkan penumpang sebelah pemandu terdiam dan pasrah kepada apa yg berlaku..

Sejurus di dalam kenderaan bagi meneruskan perjalanan yang sudah jadi tak best itu..penumpang sebelah pemandu terus mengkritik Latin2 yg kelihatan begitu angkuh dengan baju biru lusuh + plat2 besi atas bahu.

Seterusnya, aku menyarankan agar akuan subahat dibuat (Jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman gantung lesen oleh bos dirumahku). Setelah berlatih akuan subahat, semua yg terlibat samada langsung atau x langsung memegang kata2 ` biar pecah di perut jangan pecah di mulut’.

`Criminals have the right to remain silent’. Tapi..

Wednesday, July 11, 2007

kriMinal2



...tambahan kenderaan itu mengunakan udara luar sebagai agen pendinginan. Aku sangat cemas..ku genggam erat jari2 ku..terasa beku, kata buku anatomi umum, itu salah satu tindakan bahagian simpatetik- konstriksi salur darah apabila kadar jantung meningkat. Aku hanya menurut bila seorang `Latuk’ dan 2 orang `latin’ mengarah supaya aku memarkir (ke mamakir?) kenderaan ke tepi.

” IC dan lesen cik”, kata `Latin’ itu dengan suara yg kurang mesra. Aku yg masih dalam pengaruh adrenalin itu bergegas mengambil dompetku lantas ku suakan kearahnya (nota: penulis pertama kali berhadapan secara muka ke muka bersama `Latin’).`KELUARKANLAH’ herdik `Latin’ itu, menyebabkan aku hampir2 merembeskan cecair kuning hangat.. hanya Allah yg mengetahui perasaan ku ketika itu.

`baru 2 bulan dapat lesen, undang2 pun masih ingat lagi dah buat kesalahan’... Latin itu bersuara kepada Latin satu lagi..berbaur sindiran (hanya dari pendengaran penulis, mungkin paradigmanya berbeza dalam situasi yg lain). Kucuba utk menjelaskan apa yg terjadi..namun lidahku paralyzed. Ku biarkan Latin2 itu memberi tazkirah kepadaku sambil kepalaku menunduk ke jalan tar.
Hanya penumpang sebelah pemandu yg petah memberi penjelasan sambil merayu kepada Latin itu agar Latin itu berhenti daripada mencoret-coret perkataan & juga nombor keatas kertas berkarbon (nota: penumpang sebelah pemandu juga didakwa)...

Monday, July 9, 2007

KriMinal


Penjenayah juga ada hak untuk berdiam diri... barisan ayat yg kuambil dari satu movie Hong Kong..berpuluh kali ko tonton..tp x boring2. Terlintas di fikiranku kejadian hitam lagi sadis berlaku 2 tahun lepas..
Alkisah bermula bila semangat berkobar2 memandu secara berlesen. Kupatuhi serta kupraktikkan segala yang diajar tuan guru dalam tempoh pengajian. Aku kira, ku telah menghadamkan input yang diterima sebaik mungkin..almaklum tempoh belajarku lebih lama dari yang biasa (nota: penulis tetap berasa bangga, berjaya mendapat lesen). Namun, kusangka panas hingga ke petang tapi hujan di tengah hari.. tidak mengapa dapat juga lihat pelangi. Cuma pelangi yg ku lihat..lain sedikit colour nya..ada tompok2 hitam.
Degupan jantungku lebih dari yg normal: 101/minit. Mengikut ilmuku yg cetek..sudah hampir tachycardia ditambah pula peluh jantan yg semakin lama semakin banyak keluar dari pori2 romaku...(cont.)

Sunday, July 8, 2007

10% ke 99.99%??



Sekonyong-konyong keinginanku untuk menulis meluap-luap. Pencetusnya mungkin kerana hobi yang baru muncul 2/3 hari kebelakangan ini : kerakusanku membaca blog-blog homo sapiens yang lain (sebelum ini kunjungan setiaku ke blog hanya terhad kepada rakan-rakan ku sahaja). Tapi ku kira, penulisan blog aku ini mungkin bersifat sementara… maklumlah hangat-hangat *tuut* ayam.

Sejenak aku terfikir...untuk apanya aku menulis (dalam konteks ini: menaip)?? Untuk PopUlaR (bukan ke aku dah PopulaR...hehe..aku terdengar bunyi orang tesedak disulami bunyi UWEkk), Untuk Nama (memang dah ada nama dalam IC), sebab orang lain ada blog...aku pun nak juga (satu pengakuan jujur..tapi percentage hanya 10%.. ye KEr??)..tapi ku fikir2 mungkin aku nak orang lain rasa macam aku pulak bila baca blog orang lain... keinginan untuk memiliki yang serupa..haha. kesimpulannya ku tanyakan diri sendiri betulkah (dengan nada rakanku Chua menyebut betulkah [ve
rsi kedah + Hokkien]) hanya 10%.. ku congak-congak +, -, * dan /...= bukan 10%..99.99 %. Ish2.