Sunday, December 30, 2007

Panas kering

2 hari lepas aku cucuk kad bentuk segi empat tepat dekat kotak berskrin…
Hajat tak sampai...not2 merah, biru kehijauan tak mahu keluar...
Ku cuba dan cuba lagi hari2 berikut...tak mahu keluar...merajuk agaknya..
Akhirnya not2 biru kehijauan keluar...biarpun bukan hasil kad segi empat tepat kepunyaan aku...
Terima kasih kepada tuan punya kad segi empat tepat...
Jasamu hanya Allah yang dapat membalas...hakhak..


RESAH
Aku tidak aman...resah semacam...
Tak senang duduk...macam pungguk rindukan bulan..
Bilalah kotak berskrin nak pulih dari rajuknya..

SABAR
Haryani...kamu bagaikan puteri..
aku nak beli...CINTA SANG RATU...
JPA BILA NAK MASUK...
Kembang tekak aku makan maggee..

2 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Kenapa tak keluarkan yang warna ungu? Eh! Ungu ke?

farazdaq said...

Blackpurp;
ungu?????biru pun dah merajuk inikan pulak ungu..