Tuesday, March 18, 2008

sepetang bersama VICO


Aku merenung siling bilik..sesawang terjulur-julur...aku tidak sampai hati untuk musnahkan...
jelas + sah= aku ini memang penyayang orangnya..
Hmphh..aku mengeluh...
Tiba-tiba rasa sentimental...dari katil aku bangun duduk di kerusi..
Jenguk ke luar tingkap...pokok ceri itu membataskan medan penglihatanku...
Seandainya pokok ceri itu ditebang...mungkin aku dapat skodeng apa yg patut..
Tapi..mungkin juga tidurku tak lagi nyenyak..redup + berangin= wahh..nikmatnya zZZZ..biarlah pokok ceri itu di situ.

Aku terus bermonolog sendirian..mengulang-ulang ayat 2 bulan lagi..2 bulan lagi..
Hmpph..petang yang sentimental..
Aku terus berkira2 utk membancuh minuman berkhasiat VICO..mengapa VICO..kerana itu satu2nya minuman yg ada dalam simpanan..
Tapi sayang...hanya serdak2 VICO yang tinggal..aku lupa nak tambah ‘stock’
Untuk tidak menghilangkan nilai sentimental di petang itu..aku nekad untuk mencurah air panas dalam bekas VICO..menggunakan segala kepakaran dan ilmu rumah tangga yg ada..
Akhirnya...nah..secawan VICO tersedia..Sip..sip..boleh tahan..
Aku tersengih-sengih..merenung pokok ceri..sip..sip..sambil monolog..2 bulan lagi..2 bulan lagi..

p/s: gambar adalah ehsan dari maludan.googlepages.com

Thursday, March 13, 2008

maRi BErSaTU..


'cuba ko patahkan 1 batang mancis tu..' kata Si Senior

'kenapa..?' balas Si Junior...'Cubalah..'pujuk Si Senior

((ktik))..

'Senang kan..' balas Si senior..Si junior angguk2 sambil tersengih2..

'cube ko ambil 1 genggam batang mancis tu...lepas tu cuba patahkan'...kata Si Senior lagi..

'Mana boleh..susah aa' sambung Si Junior..****cerita tamat


3 kan lebih baik dari 1 (aku bukan bicara soal keputusan no. periksa)...

aku seru

((((((((mari berSATU (1+1+1=3=BERSATU..bukan SATU-SATU))))))))

Saturday, March 8, 2008

ALLAH MAHA BESAR!!!




Sungguh aku tersentuh...


((((((((((((((((((((SERU KEPADA KEBENARAN))))))))))))))))))))

p/s; gambar adalah ehsan dari http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/3959/84/



Friday, March 7, 2008

LUNDI????.....094/07..


Lundi..sekali dengar..ha..pundi..gundi??
Lundi...
Merupakan sejenis haiwan yang macam ulat daun pisang..
Digunakan oleh kaki2 mancing untuk mengumpan...
BAUNG..LAMPAM..KELAH pun kadang2 sangkut..kata BAPAK aku.
Lundi yang disimpan dalam bekas jem strawberi..kemudian..disejukkan dalam peti ais..betul2 boleh buat kita terkeliru..sangka ia adalah sejenis yg boleh dimakan..
Dan..akulah anak betuah yg menyangka lundi dalam bekas jem strawberi itu boleh dimakan (aku ingat jeruk)...
Fuhhh..nasib baik aku tak makan..kembang tekak aku..uwekkkk
Buat emak dan ayah di kampung..bukan aku TAKNAK balik untuk buang LUNDI??..UNDI..aku tak dapat pelepasan hari AHAD..
Ini salah satu ALASAN minor..alasan major..aku kurang duit..hahaha..lima tahun lagi INSYA-ALLAH
p/s; rajah di atas bukan LUNDI, harap maklum..